TAMBAHAN BBM CHANNELS

Selamat datang ke BBM Channels, ciri rangkaian sosial dalam BBM yang melanjutkan rangkaian Anda melangkaui keluarga dan kalangan rakan Anda dan membolehkan Anda berhubung dengan orang, komuniti dan jenama yang Anda minati. Jika anda menggunakan BBM pada platform BlackBerry, BBM dan BBM Channels menjadi sebahagian daripada Penyelesaian BlackBerry Anda, seperti yang ditakrifkan dalam dan tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian Lesen Penyelesaian BlackBerry ("BBSLA") yang mentadbir penggunaan perisian dan perkhidmatan oleh Anda yang membentuk Penyelesaian BlackBerry Anda, yang telah pun anda sertai. Jika Anda menggunakan BBM pada platform bukan BlackBerry, BBM dan BBM Channels menjadi sebahagian daripada Penyelesaian BBM Anda, seperti yang ditakrifkan dalam dan tertakluk kepada terma dan syarat dalam Syarat Perkhidmatan BBM ("BBM ToS") yang mentadbir penggunaan Penyelesaian BBM oleh Anda dan yang telah pun Anda sertai. Untuk tujuan Tambahan ini, istilah "Perjanjian BBM" merujuk kepada BBSLA atau BBM ToS yang mentadbir penggunaan Penyelesaian BlackBerry Anda atau Penyelesaian BBM oleh Anda, mana-mana yang berkenaan. Jika anda mendaftar untuk menggunakan BBM Channels melalui portal web BBM Channels, istilah "Perjanjian BBM" merujuk kepada BBM ToS. Jika Anda tidak mempunyai salinan Perjanjian BBM yang dilaksanakan untuk bidang kuasa Anda, salinan ini boleh didapati di www.blackberry.com/legal.

Walaupun perjanjian BBM dilaksanakan terhadap BBM Channels yang membentuk sebahagian daripada Penyelesaian BlackBerry atau Penyelesaian BBM Anda, mana-mana yang berkenaan, Tambahan ini mengemukakan terma dan syarat tambahan yang dilaksanakan terhadap penggunaan perkhidmatan BBM Channels oleh Anda. Perjanjian BBM ini, seperti yang ditambah dan dipinda oleh Tambahan ini dirujuk sebagai "Syarat BBM Channels". Sekiranya berlaku percanggahan antara Perjanjian BBM dan Tambahan BBM Channels ini, Tambahan BBM Channels akan mengatasi setakat percanggahan sedemikian.

SYARAT BBM CHANNELS MENJADI IKATAN PERJANJIAN ANTARA ANDA: SECARA INDIVIDU JIKA ANDA MEMPERSETUJUINYA DENGAN KEMAMPUAN ANDA SENDIRI; ATAU JIKA ANDA DIBENARKAN UNTUK MENGGUNAKAN BBM CHANNELS BAGI PIHAK SYARIKAT ANDA ATAU ENTITI LAIN, ANTARA ENTITI YANG MANFAATNYA ANDA MEWAKILI (DALAM MANA-MANA KES, "ANDA", DENGAN RUJUKAN KEPADA "ANDA" ATAU "MILIK ANDA" DITAFSIRKAN DENGAN SEWAJARNYA), DAN ENTITI SAH BLACKBERRY YANG MENYERTAI PERJANJIAN BBM DENGAN ANDA ("KAMI" ATAU "KAMI") APABILA ANDA BERSETUJU MENERIMA TAMBAHAN BBM CHANNELS INI DENGAN MENGKLIK 'SAYA SETUJU' DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSEDIA UNTUK BERSETUJU MENERIMA SYARAT BBM CHANNELS INI, ANDA TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BBM CHANNELS. Mana-mana istilah yang berhuruf besar dalam Tambahan BBM Channels ini yang tidak ditakrifkan dalam Tambahan BBM Channels ini mempunyai makna yang dinyatakan dalam Perjanjian BBM.

1. MENCIPTA SALURAN BBM.

1.1 Tertakluk kepada Syarat BBM Channels, Anda boleh menggunakan BBM Channels untuk mencipta dan mentadbir Saluran BBM yang unik ("Saluran") yang menampilkan jenama, organisasi, peristiwa atau individu yang melantik anda menjadi wakilnya yang diiktiraf. DENGAN MENCIPTA SALURAN BBM, ANDA MEWAJARKAN KEPADA KAMI BAHAWA ANDA MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENCIPTA DAN MENTADBIR SALURAN BAGI PIHAK JENAMA, ORGANISASI, PERISTIWA ATAU INDIVIDU SEPERTI ITU.

1.2 Anda juga boleh mencipta Saluran untuk menyatakan sokongan untuk, atau minat dalam, jenama, organisasi, peristiwa atau individu, dengan syarat Anda melakukannya dengan cara yang: (i) tidak mencadangkan bahawa Saluran Anda ialah Saluran yang dicipta oleh jenama, organisasi, peristiwa atau individu seperti itu; (ii) tidak mencadangkan Saluran Anda disokong oleh atau dibenarkan oleh jenama, organisasi, peristiwa atau individu seperti itu jika Saluran anda tidak mempunyai sokongan atau kebenaran seperti itu; (iii) tidak bertujuan untuk memperdaya, mengelirukan atau menipu orang lain; dan (iv) tidak menceroboh atau melanggar sebarang hak jenama, organisasi, peristiwa atau individu seperti itu, termasuk tanda dagangan, hak cipta atau publisiti.

1.3 Nama dan maklumat hubungan Anda, nama Saluran Anda, dan sebarang maklumat atau huraian profil lain yang Anda berikan apabila anda mendaftar untuk Saluran, atau sertakan dengan Saluran, mestilah benar, tidak memperdayakan, dan mestilah menggambarkan isinya dengan tepat. Nama Saluran Anda mestilah tersendiri dan tidak boleh bersifat umum (contohnya, makanan, kereta).

1.4 Anda tidak boleh mencipta atau menggunakan Channels untuk tujuan mengganggu atau mencaci. Tanpa mengehadkan perkara yang disebut di atas, Anda tidak boleh mencipta satu atau lebih Channels untuk tujuan menghalang orang lain daripada menggunakan Channels, menjual Channels atau nama Saluran seperti itu, atau terlibat dalam 'menumpang' Saluran. Kami berhak untuk mengalih keluar atau menggantung Channels yang melanggar terma Syarat BBM Channels, sebarang dasar yang Kami terbitkan berkenaan dengan penggunaan BBM Channels, atau mana-mana Channels yang tidak aktif. Kami juga berhak untuk memindahkan Channels yang tidak dibenarkan, nama Saluran, ID Saluran dan/atau keupayaan pentadbiran kepada jenama, organisasi, peristiwa atau individu, atau wakilnya yang dibenarkan yang Kami anggap sewajarnya berhak untuk nama Saluran atau mencipta atau mentadbir Saluran untuk jenama, organisasi, peristiwa atau individu seperti itu.

1.5 Apabila pendaftaran Anda untuk Saluran telah diterima, Anda boleh menyiarkan dan memaparkan Kandungan (seperti yang ditakrifkan dalam Perjanjian BBM) yang berkaitan dengan jenama, organisasi, peristiwa atau individu yang ditampilkan dalam Saluran. Siaran dan pemaparan Kandungan dalam Saluran tidak memindahkan sebarang pemilikan Kandungan kepada Kami, tetapi apabila berbuat demikian, Anda memberikan Kami dan anggota gabungan kami lesen kepada Kandungan sedemikian seperti yang dikemukakan dalam Perjanjian BBM supaya Kami dan anggota gabungan kami boleh menyediakan Kandungan tersebut sebagai sebahagian daripada perkhidmatan BBM Channels. Anda turut memberikan Kami dan anggota gabungan kami lesen bukan eksklusif, bebas royalti, seluruh dunia, sepanjang tempoh Saluran berkenaan wujud, untuk menghasilkan semula dan mempersembahkan dan memaparkan Kandungan Anda secara terbuka, termasuk tanpa had, nama Saluran, tangkapan skrin, logo, ikon dan tanda dagangan ("Tanda") dalam semua media, sama ada diketahui sekarang atau yang dibangunkan kemudian, berhubung dengan promosi BBM Channels, tertakluk kepada kebenaran anda terlebih dahulu, yang kebenaran tersebut tidak akan ditahan atau dilengahkan secara tidak wajar. Kami mengakui dan bersetuju bahawa Kami tiada hak, pemilikan atau kepentingan dalam atau terhadap Tanda anda (kecuali hak untuk menggunakan tanda yang sama menurut terma dan syarat yang terkandung dalam Syarat BBM Channels), dan selanjutnya bersetuju bahawa sebarang hak, pemilikan atau kepentingan dalam Tanda sedemikian akan kekal dengan Anda. Tanpa mengehadkan perkara yang disebut di atas, berhubung dengan penggunaan Tanda anda untuk mempromosikan BBM Channels, Kami tidak akan: (i) mengubah suai Tanda atau mana-mana satu daripadanya, kecuali seperti yang diluluskan dengan jelas oleh Anda terlebih dahulu dan menurut proses yang dikemukakan di atas; (ii) menggabungkan Tanda, atau mana-mana satu daripadanya, dengan sebarang tanda lain atau mencipta sebarang tanda komposit; atau (iii) melakukan apa-apa yang akan menjejaskan hak Anda dalam dan terhadap Tanda tersebut.

1.6 Anda mengakui dan bersetuju bahawa Saluran anda akan boleh ditemui oleh mana-mana pengguna BBM Channels (kecuali Anda memilih untuk menjadikan Saluran Anda Saluran peribadi semasa persediaan Saluran), dan bahawa kandungan Saluran Anda akan menjadi terbuka dan boleh dilihat oleh semua orang yang melanggan Saluran Anda ("Pelanggan"), atau orang yang boleh melihat Saluran Anda atau kandungannya.

1.7 Walaupun kami memberikan anda keupayaan untuk mencipta Saluran, Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas pentadbiran dan penggunaan Saluran Anda, termasuk Kandungan Anda dan interaksi dengan Pelanggan.

1.8 Jika anda memperoleh atau membuat tawaran atau permintaan ("Tawaran") tersedia kepada Pelanggan melalui Saluran Anda, termasuk melalui penggunaan pautan atau URL untuk mengasingkan laman web yang mengandungi butiran Tawaran, tanpa mengehadkan apa-apa dalam Syarat BBM Channels, yang berikut dilaksanakan:

(a) Anda hanya boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang pedagang, penjual semula yang dibenarkan atau pengeluarnya ialah Anda;
(b) Anda mesti memastikan Tawaran Anda mematuhi semua undang-undang, peraturan dan tetapan yang dilaksanakan;
(c) Anda mesti menyatakan dengan jelas terma dan syarat yang mentadbir Tawaran Anda, termasuk sebarang pengehadan dan tarikh tamat tempoh;
(d) Anda tidak boleh menyatakan atau membayangkan bahawa Kami bergabung dalam apa jua cara dengan Tawaran Anda, dengan syarat menghalakan pengguna ke laman atau perkhidmatan yang dikendalikan oleh atau bagi pihak Kami, seperti BlackBerry World, tidak akan melanggar peruntukan ini;
(e) Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas penunaian Tawaran ini dan Anda bersetuju, jika diminta oleh Kami, untuk melindungi Kami daripada sebarang tuntutan atau prosiding yang berkaitan dengan Tawaran Anda, dan untuk melindungi Kami daripada sebarang kerugian, liabiliti dan kos (termasuk sebarang bayaran undang-undang yang wajar) yang dialami atau ditanggung oleh Kami berkaitan dengan Tawaran Anda; dan
(f) Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang penebusan yang tidak wajar, penipuan atau isu lain yang timbul daripada Tawaran Anda.

1.9 Jika anda diberikan akses dengan atau mengumpulkan terus maklumat yang boleh mengenal pasti secara peribadi mengenai Pelanggan Anda, anda mesti mematuhi undang-undang privasi dan perlindungan data yang dilaksanakan, termasuk tanpa had, menyediakan secara umum kepada Pelanggan anda dasar privasi, menasihati Pelanggan dengan jelas jenis maklumat yang Anda kumpulkan dan tujuan untuk pengumpulan sedemikian, dan memperoleh sebarang keizinan yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan.

2. MELANGGAN DAN MENYIARKAN ULASAN PADA SALURAN.

2.1 Apabila menjadi Pelanggan Saluran, Anda mengaku dan bersetuju bahawa:

(a) pemilik Saluran mungkin menghantar kepada Anda Kandungan, Tawaran, maklumat mengenai promosi, atau komunikasi lain dalam BBM. Sila semak tetapan dan pilihan yang berkaitan dengan Saluran untuk kawalan yang tersedia berhubung penerimaan komunikasi seperti itu daripada pemilik Saluran, dan cara hendak menyahlanggan Saluran jika Anda tidak lagi mahu menerima komunikasi ini;
(b) maklumat tertentu mengenai Anda, seperti nama paparan dan gambar paparan Anda akan boleh diakses oleh pemilik Saluran, dan sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada pemilik Saluran akan tertakluk kepada dasar privasi pemilik Saluran yang dilaksanakan;
(c) jika didayakan oleh pentadbir Saluran, Anda boleh menyiarkan ulasan pada, dan menunjukkan kelulusan Anda terhadap siaran atau ulasan pada Saluran ("Ulasan") dan/atau bersembang dengan pentadbir Saluran. Ulasan dan sembang Anda harus dihadkan kepada kandungan Saluran dan mesti mematuhi Piawaian Komuniti Dalam Talian BlackBerry, yang boleh dilihat di www.blackberry.com/legal/communitystandards;
(d) Ulasan Anda dan sebarang pilihan yang Anda buat dalam perkhidmatan BBM Channels untuk menunjukkan kelulusan anda terhadap siaran atau ulasan, akan dipaparkan secara umum dan boleh dilihat oleh Pelanggan lain Saluran tersebut, serta orang lain yang boleh melihat Saluran dan kandungannya (contohnya, pentadbir Saluran), boleh dikongsi oleh Pelanggan lain dengan kenalan BBM mereka dan boleh dialih keluar oleh pentadbir Saluran. Atas sebab ini, Kami amat mengesyorkan agar Anda tidak menyertakan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti secara peribadi dalam Ulasan Anda atau dalam sembang Anda dengan pemilik Saluran; dan
(e) nama paparan dan gambar paparan BBM Anda akan dipaparkan bersama dengan sebarang Ulasan yang Anda siarkan atau serahkan kepada Saluran. Di samping itu, Channels yang Anda langgan akan boleh dilihat oleh mereka yang boleh melihat profil BBM Anda, termasuk Kenalan BBM Anda dan mereka yang Anda jemput untuk menjadi Kenalan BBM. Kami juga mungkin mewujudkan cadangan Channels yang mungkin menarik hati Anda berdasarkan Channels yang Anda dan Kenalan BBM Anda telah langgan dan maklumat lain yang berkaitan dengan profil BBM dan BlackBerry ID Anda, dan mungkin ditunjukkan dalam jemputan untuk melanggan Saluran yang dihantar kepada Kenalan BBM Anda yang Anda telah melanggan Saluran tersebut. Anda boleh menyahlanggan Saluran tersebut jika Anda tidak mahu Saluran tersebut disenaraikan dalam profil BBM anda.

3. PERATURAN PENGGUNAAN TAMBAHAN. Selain dan tanpa mengehadkan apa-apa dalam Perjanjian BBM yang Anda telah sertai, Anda bersetuju seperti yang berikut:

3.1 Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas Kandungan dan Ulasan yang Anda siarkan atau serahkan kepada Saluran. Kami tidak memantau Kandungan atau Ulasan dan Kami tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti, dan tidak mempunyai liabiliti terhadap Kandungan atau Ulasan sedemikian. Anda menanggung risiko terhadap sebarang penggunaan atau pergantungan kepada sebarang Kandungan atau Ulasan oleh Anda;

3.2 Anda bertanggungjawab mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan (dan garis panduan industri jika berkenaan) berhubung dengan penggunaan BBM Channels oleh Anda, termasuk menyiarkan dan menyerahkan Kandungan atau Ulasan kepada Saluran, dan, jika berkenaan, Anda bertanggungjawab menyediakan dasar untuk mengalih keluar kandungan yang berunsur pelanggaran daripada Saluran Anda, yang mematuhi Akta Hak Cipta Digital Millennium. Tanpa mengehadkan perkara yang disebut di atas, Kandungan yang Anda siarkan pada Saluran mesti mematuhi Garis Panduan Kandungan BBM Channels yang boleh didapati di www.blackberry.com/legal/bbmcontentguidelines;

3.3 Anda tidak boleh menghantar "spam" kepada pengguna atau ID , termasuk menyiarkan salinan siaran, atau berbilang siaran yang serupa, atau menyiarkan Ulasan yang tidak berkaitan dengan siaran Saluran yang memaparkan Ulasan Anda;

3.4 Anda bersetuju bahawa Kami boleh mengenakan pengehadan terhadap kelayakan Anda untuk mengakses ID atau Kandungan tertentu, termasuk tanpa had berdasarkan umur dan lokasi Anda yang Kami kumpul daripada Anda, dan menggunakan maklumat tersebut untuk menyediakan kandungan yang sesuai dengan profil atau bidang kuasa Anda atau yang mungkin menarik hati Anda;

3.5 Kami dan wakil kami berhak (tetapi tidak bertanggungjawab), atas budi bicara kami dan mereka semata-mata, untuk menyaring terlebih dahulu, menolak atau mengalih keluar sebarang Kandungan atau Ulasan atas apa jua sebab;

3.6 Tambahan BBM Channels ini menggabungkan melalui rujukan dan menambah Dasar Privasi kami, yang boleh didapati di www.blackberry.com/legal/privacy.shtml. Sekiranya berlaku percanggahan antara Dasar Privasi dan Tambahan BBM Channels ini, Tambahan BBM Channels akan mengatasi setakat percanggahan sedemikian. Tanpa mengehadkan sifat umum perkara yang disebutkan di atas, Anda bersetuju bahawa:

(a) jika anda mengaktifkan fungsi lokasi untuk BBM Channels, sampel lokasi Anda akan diambil secara berkala (sekerap setiap lima belas minit, termasuk dalam sesetengah keadaan walaupun BBM tidak dibuka pada peranti Anda) dan disimpan pada peranti Anda, menggunakan maklumat GPS (jika tersedia), menara wayarles dan tempat liputan Wi-Fi/WLAN. Dalam sesetengah keadaan, apabila peranti Anda berpindah lokasi sepanjang hari Anda, maklumat sedemikian akan dihantar ke pelayan BlackBerry supaya Kami boleh mengaitkan maklumat tersebut dengan profil BBM atau BlackBerry ID Anda untuk memberikan Anda lebih banyak kandungan promosi atau Channels yang berkaitan, termasuk tawaran yang disetempatkan atau sensitif masa yang menggunakan fungsi pemagaran geo berdasarkan lokasi semasa peranti Anda. Sila semak tetapan menu BBM untuk kawalan tersedia berkenaan dengan cara melumpuhkan fungsi lokasi seperti itu.

(b) Kami mungkin menggunakan maklumat yang dikumpulkan mengenai penggunaan BBM Channels oleh anda, termasuk langganan dan aktiviti Saluran Anda, maklumat yang dikaitkan dengan profil BBM dan BlackBerry ID Anda, dan lokasi anda, untuk memahami dan meramalkan pilihan dan minat Anda untuk membangunkan, berkomunikasi atau memberikan Anda Channels, kandungan atau perkhidmatan yang mungkin menarik hati Anda daripada Kami atau sumber lain seperti pemilik Saluran. Kami juga mungkin menggabungkan data seperti itu dengan maklumat mengenai penggunaan produk dan perkhidmatan Penyelesaian BlackBerry oleh Anda (contohnya, maklumat yang dikumpulkan melalui BlackBerry World dan aktiviti penyemakan imbas atau carian) untuk menyesuaikan pengalaman Anda, mencadangkan produk dan perkhidmatan lain kepada Anda, dan memberikan Anda kandungan promosi yang lebih berkaitan dalam BBM berdasarkan profil Anda. Ini mungkin merangkumi menghantar kepada Anda jemputan untuk melanggan, mesej dan siaran dalam BBM bagi pihak pemilik Saluran yang meminta Kami menghantar mesej kepada pengguna BBM Channels atau khalayak sasaran yang sepadan dengan profil demografi dan minat Anda. Walau bagaimanapun, Kami tidak akan memberikan maklumat yang boleh mengenal pasti secara peribadi kepada pemilik Saluran melainkan Anda memberikan Kami kebenaran untuk berbuat demikian (contohnya, menurut seksyen 2.1(b) Tambahan ini jika anda melanggan Saluran). Sila semak tetapan menu BBM untuk kawalan yang tersedia berkenaan dengan cara menghalang penerimaan jemputan atau mesej yang tidak diingini pada masa hadapan dari Saluran tertentu dan cara untuk menyahlanggan Saluran.